Sunday, 10 April 2011

ABOUT PROTON

Perusahaan Automobil Nasional Berhad (PROTON)ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Model pertama yang dikeluarkan oleh PROTON ialah Proton Saga telah dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Model pertama kereta kebangsaan ini menjadi titik permulaan bagi industri permotoran Malaysia.

Model SAGA terbaru, SAGA FL

PROTON SAGA adalah kereta pertama yang dikeluarkan oleh PROTON, dirasmikan oleh perdana menteri yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad


Industrial visit to PROTON (31 March 2011)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

BMW, MERCEDES, MITSUBISHI, CHEVROLET, TOYOTA, HONDA..memang semua nama-nama syarikat ni terkenal dengan kereta. Almaklumla, nama besar dalam industri pemotoran. Negara kita pun tidak terkecuali dalam industri ni, contohnya seperti PROTON.

Dan pada 31 mac 2011 yang lalu, bermula dari seawal 6.30 pagi para pelajar berkumpul di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) bagi menjayakan satu lawatan industri yang melibatkan sebahagian pelajar tahun akhir BENE ke PROTON. Lawatan selama sehari ini berjalan dengan lancar seperti yg dirancangkan, alhamdulillah..

Di sini, sebagai penghargaan, kami dari pihak UTeM dan 4 BENE ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak PROTON kerana memberi peluang kepada pelajar tahun akhir Elektronik Industri UTeM (4 BENE) melihat dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai pemprosesan kereta di PROTON.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada wakil 4 BENE, saudara Mohamad Amirol Alias dan juga saudari Aisyah kerana dapat membawa sebahagian pelajar 4 BENE menyertai lawatan ke PROTON. Dengan ini, para peserta dapat membuka minda dan mendapat pengalaman yang berguna sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.

Juga tidak dilupakan, terima kasih kepada En. Sadhiqin selaku pensyarah dan wakil UTeM kerana memberi sokongan, sumbangan, bantuan dan sebagainya bagi menjayakan lawatan industri ini.


penerangan terperinci mengenai pemprosesan kerete di PROTON

suasana di tapak pemasangan kereta

penerangan diberikan oleh salah seorang daripada staf PROTON

lawatan ke kilang pemasangan kereta

semasa diberi taklimat lawatan
Lambang PROTON yang menjadi kebanggaan Malaysia

En. Sadhiqin memberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada wakil PROTON

bergambar kenangan di perkarangan lobi utama PROTON

En. Sadhiqin selaku wakil daripada pihak UTeM

Rakan-rakan berkumpul di dalam bilik semasa taklimat lawatan

Lobi utama PROTON dan salah satu model kereta keluaran PROTON iaitu proton Exora.

JADUAL PERJALANAN LAWATAN INDUSTRI KE PROTON:

6.30 – 7.00 pg :

Berkumpul di perkarangan bangunan PPP. Menunggu sehingga semua pelajar datang supaya tiada yang tercicir. Lawatan ini disertai oleh 32 orang pelajar 4BENE dan diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring.

7.30 pg :

Bas mula bergerak meninggalkan UTeM.

9.00pg :

Kami semua selamat sampai di Proton Shah Alam. Disambut oleh dua orang pegawai pengiring. Semua pelawat diberi taklimat ringkas mengenai Proton. Ianya mengenai arah tuju pembangunan Proton sebagai salah sebuah syarikat pengeluar kereta jenama nasional negara. Selepas itu, kami menonton video pendek yang disediakan oleh pengelola majlis.

Selain itu., kami dinasihati supaya mematuhi segala arahan semasa berada di dalam line. Ini mengenai larangan membawa kamera, mematuhi arahan supervisor supaya perkara yang tidak diingini dapt dielakan.

9.30pg :

Kami semua bergerak memasuki line production. Disini supervisor terlibat memberi taklimat mengenai pembuatan Proton Saga FL. Ianya bermula dari rangka badan yang kemudiannya diisi dengan komponen-komponen terlibat sehingga menjadi sebuah kereta seperti di jalan raya.

Ia bermula dengan bahagian bawah kereta seperti salur-salur minyak, brek, lantai kereta dan sebagainya. Selepas itu bahagian dalaman kereta seperti enjin, kerusi, dashboard, serta bonet. Akhir sekali bahagian tayar, cermin, radio dan lain-lain.

Untuk menjaga kualiti kereta supaya ianya setanding dengan pasaran antarabangsa, setiap stesen pemasangan komponen akan diuji terlebih dahulu supaya rosak atau kecacatan yang berlaku dapat dikenal pasti seterusnya dibetulkan. Ini amat penting kerana sedikit kecacatan akan merosakkan kualiti sesuatu produk.

Daripada pemerhatian serta penerangan dari supervisor, production ini hampir keseluruhan menggunakan conveyor sebagai alatan perhubungan. Ianya beroperasi daripada Proton ditubuhkan. “Robotic arm” juga turut digunakan bagi mempercepatkan lagi proses penghasilan komponen kereta.

Sistem automasi ini sangat berkait rapat dengan kejuruteraan mekanikal. Dari segi mesin-mesin yang beroperasi, ianya sangat besar dan haruslah sentiasa dijaga rapi supaya tidak menimbulkan masalah.

10.45pg :

Kami semua diberi jamuan ringkas setelah selesai melihat penghasilan Proton Saga FL.

11.00pg :

Sesi pengambaran bersama pegawai yang terlibat.

11.15pg :

Majlis bersurai dan bas bergerak keluar dari perkarangan Kilang Proton.



Thursday, 3 March 2011

Alamat mimpi

Hadis :

Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi s.a.w sabdanya:"Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45 jenis nubuwwah (wahyu).

Mimpi itu ada tiga jenis:

(1)Mimpi yang baik adalah khabar gembira daripada Allah,

(2) mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan,

(3) dan mimpi yang timbul kerana ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.

Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak kamu senangi, bangunlah kemudian solat dan jangan menceritakannya kepada orang lain." (Muslim)

Huraian hadis:

Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi. Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalkan kesan kepada kita dan tidak kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan.

Mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran benar terhadap sesuatu yang akan berlaku. Contohnya, Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan.

Begitu juga dengan nabi-nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambuatan perayaan Idul Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi, lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya, Ismail, "Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?" (as-Shaffat: 102). Kerana yakin mimpi itu datang daripada Allah S.W.T, maka nabi Ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetiaan hamba-hamba-Nya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas.

Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. Diceritakan bahawa pada suatu hari nabi Yusuf mengkhabarkan kepada bapanya nabi Ya'qub,"Wahai bapaku, aku melihat sebelas bintang, matahari, dan bulan bersujud kepadaku." (Yusuf: 4). Ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi Yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.

Namun mimpi bagi insan yang jauh dari keimanan kebanyakannya datang daripada syaitan. Jika mimpinya itu benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebagai peringatan daripada Allah SWT agar mereka yang jauh daripada kebenaran (hidayah) itu kembali dekat kepada-Nya.

jawapan teka-teki

untuk teka-teki yang sebelum ni, inilah jawapannya:-

1) Masukkan benang dalam jarum

2) Bas sekolah lah, bas sekolah je yg pegi sekolah

3) MILO AIS

4) Sebab kalau dia angkat dua kaki, dia jatuh sebab tulah dia angkat sebelah aje.

5) Lampu stadium kalau ada 'game' dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada 'game' dia padam

6) Semut yang matanya BENGKAK

7) Motosikal......sebab dia pakai tongkat

8) Panjat pokok kelapa

9) Kambing binATANG

10) Ikan betina - ikan duyung, ikan jantan - ikan bakar, mana ada pompuan nama BAKAR

11) semut patah balik r..!!!!

12) teksi


Thursday, 24 February 2011

Ciri-ciri wanita solehah

Antara ciri-ciri isteri solehah adalah:

  • Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

  • Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

  • Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
  • Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
  • Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

  • Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.
  • Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

  • Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

  • Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
  • Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

  • Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''