Sunday, 10 April 2011

ABOUT PROTON

Perusahaan Automobil Nasional Berhad (PROTON)ditubuhkan pada 7 Mei 1983. Model pertama yang dikeluarkan oleh PROTON ialah Proton Saga telah dilancarkan pada 9 Julai 1985 oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia. Model pertama kereta kebangsaan ini menjadi titik permulaan bagi industri permotoran Malaysia.

Model SAGA terbaru, SAGA FL

PROTON SAGA adalah kereta pertama yang dikeluarkan oleh PROTON, dirasmikan oleh perdana menteri yang ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad


Industrial visit to PROTON (31 March 2011)

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

BMW, MERCEDES, MITSUBISHI, CHEVROLET, TOYOTA, HONDA..memang semua nama-nama syarikat ni terkenal dengan kereta. Almaklumla, nama besar dalam industri pemotoran. Negara kita pun tidak terkecuali dalam industri ni, contohnya seperti PROTON.

Dan pada 31 mac 2011 yang lalu, bermula dari seawal 6.30 pagi para pelajar berkumpul di Pusat Persatuan Pelajar (PPP) bagi menjayakan satu lawatan industri yang melibatkan sebahagian pelajar tahun akhir BENE ke PROTON. Lawatan selama sehari ini berjalan dengan lancar seperti yg dirancangkan, alhamdulillah..

Di sini, sebagai penghargaan, kami dari pihak UTeM dan 4 BENE ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak PROTON kerana memberi peluang kepada pelajar tahun akhir Elektronik Industri UTeM (4 BENE) melihat dan mempelajari sedikit sebanyak mengenai pemprosesan kereta di PROTON.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada wakil 4 BENE, saudara Mohamad Amirol Alias dan juga saudari Aisyah kerana dapat membawa sebahagian pelajar 4 BENE menyertai lawatan ke PROTON. Dengan ini, para peserta dapat membuka minda dan mendapat pengalaman yang berguna sebelum menempuhi alam pekerjaan yang sebenar.

Juga tidak dilupakan, terima kasih kepada En. Sadhiqin selaku pensyarah dan wakil UTeM kerana memberi sokongan, sumbangan, bantuan dan sebagainya bagi menjayakan lawatan industri ini.


penerangan terperinci mengenai pemprosesan kerete di PROTON

suasana di tapak pemasangan kereta

penerangan diberikan oleh salah seorang daripada staf PROTON

lawatan ke kilang pemasangan kereta

semasa diberi taklimat lawatan
Lambang PROTON yang menjadi kebanggaan Malaysia

En. Sadhiqin memberi hadiah sebagai tanda penghargaan kepada wakil PROTON

bergambar kenangan di perkarangan lobi utama PROTON

En. Sadhiqin selaku wakil daripada pihak UTeM

Rakan-rakan berkumpul di dalam bilik semasa taklimat lawatan

Lobi utama PROTON dan salah satu model kereta keluaran PROTON iaitu proton Exora.

JADUAL PERJALANAN LAWATAN INDUSTRI KE PROTON:

6.30 – 7.00 pg :

Berkumpul di perkarangan bangunan PPP. Menunggu sehingga semua pelajar datang supaya tiada yang tercicir. Lawatan ini disertai oleh 32 orang pelajar 4BENE dan diiringi oleh dua orang pensyarah pengiring.

7.30 pg :

Bas mula bergerak meninggalkan UTeM.

9.00pg :

Kami semua selamat sampai di Proton Shah Alam. Disambut oleh dua orang pegawai pengiring. Semua pelawat diberi taklimat ringkas mengenai Proton. Ianya mengenai arah tuju pembangunan Proton sebagai salah sebuah syarikat pengeluar kereta jenama nasional negara. Selepas itu, kami menonton video pendek yang disediakan oleh pengelola majlis.

Selain itu., kami dinasihati supaya mematuhi segala arahan semasa berada di dalam line. Ini mengenai larangan membawa kamera, mematuhi arahan supervisor supaya perkara yang tidak diingini dapt dielakan.

9.30pg :

Kami semua bergerak memasuki line production. Disini supervisor terlibat memberi taklimat mengenai pembuatan Proton Saga FL. Ianya bermula dari rangka badan yang kemudiannya diisi dengan komponen-komponen terlibat sehingga menjadi sebuah kereta seperti di jalan raya.

Ia bermula dengan bahagian bawah kereta seperti salur-salur minyak, brek, lantai kereta dan sebagainya. Selepas itu bahagian dalaman kereta seperti enjin, kerusi, dashboard, serta bonet. Akhir sekali bahagian tayar, cermin, radio dan lain-lain.

Untuk menjaga kualiti kereta supaya ianya setanding dengan pasaran antarabangsa, setiap stesen pemasangan komponen akan diuji terlebih dahulu supaya rosak atau kecacatan yang berlaku dapat dikenal pasti seterusnya dibetulkan. Ini amat penting kerana sedikit kecacatan akan merosakkan kualiti sesuatu produk.

Daripada pemerhatian serta penerangan dari supervisor, production ini hampir keseluruhan menggunakan conveyor sebagai alatan perhubungan. Ianya beroperasi daripada Proton ditubuhkan. “Robotic arm” juga turut digunakan bagi mempercepatkan lagi proses penghasilan komponen kereta.

Sistem automasi ini sangat berkait rapat dengan kejuruteraan mekanikal. Dari segi mesin-mesin yang beroperasi, ianya sangat besar dan haruslah sentiasa dijaga rapi supaya tidak menimbulkan masalah.

10.45pg :

Kami semua diberi jamuan ringkas setelah selesai melihat penghasilan Proton Saga FL.

11.00pg :

Sesi pengambaran bersama pegawai yang terlibat.

11.15pg :

Majlis bersurai dan bas bergerak keluar dari perkarangan Kilang Proton.