Thursday, 24 February 2011

Ciri-ciri wanita solehah

Antara ciri-ciri isteri solehah adalah:

  • Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah ketua di dalam kepimpinan keluarga sesebuah rumah tangga.

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri. Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta mengawal keselamatan dan kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri dan anak-anaknya.

Firman Allah: Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. (An-Nisa: 34).

  • Memberi keutamaan hak suami kerana bagi seorang isteri tidak ada hak yang lebih utama kepadanya selain hak suami.

Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh seorang isteri. Rasulullah s.a.w. menjawab, suaminya. Apabila ditanya mengenai hak siapakah yang lebih utama diberikan oleh suami. Baginda menjawab, ibunya. (Hadis riwayat Hakim).

  • Bersifat amanah iaitu menjaga maruah diri sendiri sebagai isteri dan menjaga maruah suami terutama di dalam perkara-perkara rahsia peribadi dan rumah tangga. Isteri ialah orang yang paling hampir kepada suami yang tahu segala kekurangan dan kelemahan suaminya. Membuka rahsia suami atau menyebarkannya akan menjejaskan kewibawaan suami, sekali gus menggugat keharmonian rumah tangga kerana suami telah hilang kepercayaan terhadap isteri.
  • Bijaksana mentadbir harta benda suami tanpa membazirkannya. Jangan meminta sesuatu yang di luar kemampuannya kerana hal yang demikian akan menyebabkan tekanan dan ketegangan di dalam kehidupan suami.
  • Sentiasa bersedia untuk menggembirakan hati suami, sama ada dengan tingkah laku yang menawan, tutur kata yang menjadi penawar serta perhiasan diri zahir dan batin.

Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada faedah yang paling baik diperoleh seorang mukmin (suami yang beriman) selepas bertaqwa kepada Allah azza wa jalla selain isteri yang solehah. Apabila suami menyuruhnya, ia mentaatinya. Jika suami memandangnya ia menggembirakan hati suaminya. Sekiranya suami bersumpah, ia memenuhi sumpah suaminya itu. Apabila ia keluar kerana bertugas atau berjuang, ia menjaga maruahnya dan maruah suaminya serta menjaga harta benda suaminya dengan cara berjimat cermat membelanjakannya. (Riwayat Ibnu Majah).

  • Isteri wajib mentaati perintah suaminya selagi ia tidak bertentangan dengan kehendak Islam. Tetapi sayangnya ramai di kalangan suami yang menyalahgunakan pengertian taat ini. Mereka mengambil kesempatan untuk membebankan isteri dengan pelbagai hal yang tidak wajar.
  • Berusaha menambah ilmu pengetahuan dan mempertingkatkan nilai-nilai akhlak yang murni supaya sejajar dengan petunjuk yang diarahkan oleh Islam mengenai sahsiah seorang isteri yang seharusnya dipilih oleh suami.

Sabda Rasulullah s.a.w., Seorang wanita itu dinikahi kerana salah satu daripada sifat-sifat utamanya; kejelitaannya, hartanya, akhlaknya dan agamanya. Hendaklah kamu memilih wanita yang memiliki agama dan akhlak, kamu akan beruntung kelak. (Riwayat Ahmad).

  • Mempunyai sifat redha, yakin diri serta tawakal kepada Allah untuk menghadapi sebarang masalah dan cabaran hidup berkeluarga selaras dengan firman Allah, Bergaullah dengan isteri-isteri kamu menurut cara yang wajar dan baik. Sekiranya kamu berasa tidak senang disebabkan perangai mereka, bersabarlah mungkin dalam perkara yang kamu tidak suka itu Allah menjadikan kebaikan yang banyak. (An-Nisa: 19).

Walaupun ayat ini ditujukan kepada suami, pengajaran yang terkandung amat perlu menjadi panduan kepada para isteri. Setiap orang hendaklah menyedari hakikat bahawa tiada seorang pun yang cukup sempurna dalam segala aspek. Oleh kerana itu kita perlu berusaha memperbetulkannya dan menyelesaikannya.

Rasulullah memberi panduan, Janganlah seorang suami yang mukmin membenci isteri yang mukminah disebabkan tingkah lakunya. Jika ia tidak berkenan kepada satu daripada tingkah lakunya, tentu masih ada tingkah lakunya yang lain amat disenanginya. (Hadis sahih).

  • Membantu dan menolong suaminya agar menjadi anak yang sedia berbakti kepada kedua-dua ibu bapanya, lebih-lebih lagi ibunya yang telah lanjut usia, uzur dan miskin kerana tanggungjawab anak lelaki lebih berat dan lebih utama terhadap kedua-dua ibu bapanya.
  • Bersedia menjadi penyokong kuat kepada perjuangan suaminya iaitu perjuangan yang tidak menyimpang dari garis-garis yang dibenarkan oleh Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w., Allah memberi rahmat kepada seorang isteri yang jika ia bangun malam dan solat, ia membangunkan suaminya supaya sembahyang bersamanya. Tetapi sekiranya suaminya enggan, direnjiskan air ke muka suaminya dengan penuh kasih sayang.

  • Berusaha menjadi ibu yang baik, bertanggungjawab mendidik dan mengasuh anak-anaknya menjadi baik dan dapat melaksanakan hukum-hakam agama, berakhlak mulia sehingga menjadi teladan kepada orang ramai.

Inilah sebahagian daripada sahsiah isteri yang seharusnya ada pada setiap wanita untuk mencapai kesempurnaan hidup berkeluarga dan mendapat keredhaan Allah yang diharapkan oleh setiap suami seperti doa Nabi Daud a.s.: ``Ya Allah, aku mohon kepada-Mu dikurniakan seorang isteri yang solehah, yang dapat membantuku menyelesaikan urusan duniaku dan urusan akhiratku.''

mari menguji minda

So kali ni jom kita bermain dengan teka- teki. kalau korang pandai, jawab la..good luck!!!

*p/s: jangan pikir bukan2...

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

8) Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?

11) gajah lalu patah titi, semut lalu patah ape?

12) ianya sebuah kereta, tapi orang tak panggil ianya kereta..apakah ia?

senarai orang terkaya di Malaysia 2010

korang boleh tengok sendiri la berapa kerat sangat la orang melayu duk dalam senarai ni. boley kira dengan jari. ni senarai menurut Majalah Malaysian Business la. tapi dorang ni memang sah2 kaya la..


Senarai Orang Terkaya di Malaysia 2010 Menurut Majalah Malaysian Business

1. Robert Kuok $10 billion (Kuok Empire, Shangri La, Wilmer International etc)

2. Ananda Krishnan $7.2 billion (Maxis, Astro)

3. Lee Shin Cheng $5.5 billion (IOI Group)

4. Teh Hong Piow $3.5 billion (Public Bank)

5. Lee Kim Hua & family $3.4 billion (Genting Berhad, widow of late Lim Goh Tong)

6. Quek Leng Chan $2.4 billion (Hong Leong Group, Guoco Group)

7. Yeoh Tiong Lay & family $2.1 billion (YTL Corp)

8. Syed Mokhtar AlBukhary $1.8 billion (MMC, Johor Port, Malakoff)

9. Vincent Tan $1.3 billion (Berjaya Group)

10. Tiong Hiew King $1.1 billion (Rimbunan Hijau)

11. Azman Hashim $700 million (AmCorp Group, formerly Arab-Malaysia)

12. William H. J. Cheng $660 million (Lion Group, Parkson)

13. Lee Swee Eng $495 million (KNM Group)

14. Ong Beng Seng $470 million (Hotel Properties Ltd, Natsteel)

15. Lim Kok Thay $345 million (son of late Lim Goh Tong, Genting Berhad)

16. Vinod Sekhar $320 million (Petra Group, known for its Green Rubber Global)

17. Lee Oi Hian $300 million (Kuala Lumpur Kepong or KLK)

18. Yaw Teck Seng $295 million (Samling Group)

19. Anthony Fernandes $290 million (AirAsia, Tune Hotels)

20. Mokhzani Mahathir $285 million (Kencana, authorized Porsche importer son of former permier Mahathir)

21. Kamarudin Meranun $280 million (AirAsia, Tune Hotels, Tony Fernandess lover *grin*)

22. Jeffrey Cheah $275 million (Sunway Group)

23. Lee Hau Hian $250 million (Batu Kawan, KLK, brother of Lee Oi Hian)

24. Chong Chook Yew $245 million (Selangor Properties, widow son is MD now)

25. Yaw Chee Ming $240 million (Samling Group, son of Yaw Teck Seng)

26. G. Gnanalingam $230 million (Westports Malaysia)

27. Lim Wee Chai $200 million (Top Glove, worlds largest rubber gloves manafacturer)

28. Kua Sian Kooi $195 million (Kurnia Asia, insurance)

29. Lau Cho Kun $185 million (Malaysian Mosaic)

30. Abdul Hamed Sepawi $180 million (Ta Ann, timber conglomerate)

31. David Law Tien Seng $165 million (Australian iron ore MidWest, T.S. Law Holdings)

32. Tiah Thee Kian $163 million (TA Enterprise)

33. Liew Kee Sin $160 million (SP Setia)

34. Ahmayuddin bin Ahmad $155 million (Westports Malaysia)

35. Eleena Azlan Shah $150 million (Gamuda largest individual shareholder)

36. Lin Yun Ling $145 million (Gamuda founder and MD)

37. Ong Leong Huat $130 million (OSk Group)

38. Lim Thian Kiat $115 million (former head of Multi-Purpose)

39. Khoo Kay Peng $110 million (MUI, U.K. retailer Laura Ashley)

40. Nazir Razak $100 million (Bumiputra Commerce Holdings, brother of deputy PM)

Tuesday, 22 February 2011

ciri-ciri kesempurnaan iman

Hadis :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:" Tidak sempurna iman seseorang hamba sehingga dia memiliki tiga sifat iaitu: menafkahkan harta tanpa kedekut, berlaku adil terhadap diri dan memberi salam kepada orang lain." Riwayat Ahmad

Huraian :
1. Harta benda atau wang ringgit adalah kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Harta benda yang dimiliki adalah suatu himpunan amanah dan tanggungjawab yang perlu diurus dan dibelanjakan sewajarnya. Oleh itu manusia yang suka menyimpan harta kerana takut akan kehabisan dan tidak sanggup mengeluarkan sebahagiannya ke jalan yang hak seperti berzakat dan membelanjakan ke jalan yang bermanfaat pasti tidak akan mendapat keberkatan dan rahmat Allah walaupun dianugerahi nikmat yang melimpah ruah.

2. Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya Tuhanmu yang meluaskan rezeki terhadap sesiapa jua yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Dia juga yang menyempitkan (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." - (Al-Israk: 30).

3. Adil dengan diri sendiri bermaksud seseorang itu menyeimbangkan antara keperluan spiritual (rohani) dan dan fizikal (material, intelektual dll) di mana semua komponen ini saling berkait rapat dan sangat penting bagi menjadikan kehidupan seseorang seimbang, tenang dan damai.

4. Memberi salam pula adalah simbol kekuatan ukhuwwah yang dituntut oleh Islam untuk diamalkan selalu oleh setiap muslim dalam menjalani kehidupan bermasyarakat. Ini bagi memastikan masyarakat yang dihuni itu berkeadaan saling hormat menghormati di samping mewujudkan perpaduan dan kasih sayang tanpa berlakunya cara hidup yang bersifat indidualistik, menyombong diri, mementingkan diri dan sebagainya tanpa menghiraukan orang lain.

Nama-nama Allah dan maksudnya

  • Allah-Lafaz Yang Maha Besar dan Maha Agung
  • Ar-Rahmaan-Yang Maha Pemurah.
  • Ar-Rahiim-Yang Maha Penyayang.
  • Al Maalik Yang Maha Menguasai.
  • Al Qudduus Yang Maha Suci.
  • As Salaam Yang Maha Sejahtera.
  • Al Mu'miin Yang Maha Pengaman.
  • Al Muhaimin Yang Maha Menjaga, Mengawasi, Memerintah dan Melindungi semua makhluk.
  • Al 'Aziiz Yang Maha Mulia.
  • Al Jabbaar Yang Maha Berkuasa.
  • Al Mutakabbir Yang Maha Agung.
  • Al Khaaliq Yang Maha Pencipta.
  • Al Baari' Yang Maha Mengadakan.
  • Al Mushowwir Yang Maha Pembentuk rupa.
  • Al Ghaffaar Yang Maha Pengampun.
  • Al Qahhaar Yang Maha Kuasa (Pemaksa).
  • Al Wahhaab Yang Maha Pengurnia.
  • Ar Razzak Yang Maha Pemberi Rezeki.
  • Al Fattaah Yang Maha Membukakan.
  • Al 'Aliim Yang Maha Mengetahui.
  • Al Qaabidh Yang Maha Menyempitkan.
  • Al Baasith Yang Maha Meluaskan.
  • Al Khaafidh Yang Maha Menjatuhkan.
  • Ar Raafi' Yang Maha Mengangkat.
  • Al Mu'izz Yang Maha Memberi Kemuliaan.
  • Al Muzill Yang Maha Memberi Kehinaan.
  • As Saami' Yang Maha Mendengar.
  • Al Baashir Yang Maha Melihat.
  • Al Haakim Yang Maha Menetapkan Hukum.
  • Al 'Adl yang Maha Adil.
  • Al Lathiif Yang Maha Lemah Lembut.
  • Al Khabiir Yang Maha Amat Mengetahui.
  • Al Haliim Yang Maha Penyantun.
  • Al 'Azhiim Yang Maha Agung.
  • Al Ghafuur Yang Maha Pengampun.
  • Al Syakuur Yang Maha Menghargai.
  • Al 'Aliyy Yang Maha Tinggi.
  • Al Kabiir Yang Maha Besar.
  • Al Hafiizh Yang Maha Memelihara.
  • Al Muqiith Yang Maha Pemberi Kecukupan.
  • Al Hasiib Yang Maha Menghitung.
  • Al Jaliil Yang Maha Luhur.
  • Al Kariim Yang Maha Pemurah.
  • Ar Raqiib Yang Maha Teliti.
  • Al Mujiib Yang Maha Mengkabulkan.
  • Al Waasi' Yang Maha Luas.
  • Al Haakim Yang Maha Bijaksana.
  • Al Waduud Yang Maha Mengasihi.
  • Al Majiid Yang Maha Mulia.
  • Al Baa'ith Yang Maha Membangkitkan.
  • Asy Syahiid Yang Maha Menyaksikan.
  • Al Haq Yang Maha Benar.
  • Al Wakiil Yang Maha Menjaga Penyarahan.
  • Al Qawiyy Yang Maha Kuat.
  • Al Matiin Yang Maha Perkasa.
  • Al Waliyy Yang Maha Melindungi.
  • Al Hamiid Yang Maha Terpuji.
  • Al Muhshii Yang Maha Penghitung.
  • Al Mubdi' Yang Maha Memulai.
  • Al Mu'iid Yang Maha Mengulangi.
  • Al Muhyii Yang Maha Menghidupkan.
  • Al Mumit Yang Maha Mematikan.
  • Al Hayyu Yang Maha Hidup.
  • Al Qayyuum Yang Maha Berdiri Sendiri.l
  • Al Wajiid Yang Maha Mewujudkan.
  • Al Majiid Yang Maha Mulia.
  • Al Waahid Yang Maha Esa.
  • As Shomad Yang Maha Diperlukan.
  • Al Qaadir Yang Maha Kuasa.
  • Al Muqtadir Yang Maha Menentukan.
  • Al Muqaddim Yang Maha Mendahulukan.
  • Al Mu'akhkhir Yang Maha Mengakhirkan.
  • Al Awwal Yang Maha Awal.
  • Al Aakhir Yang Maha Akhir.
  • Az Zhaahir Yang Maha Nyata.
  • Al Baatin Yang Maha Tersembunyi.
  • Al Waliy Yang Maha Menguasai.
  • Al Muta'aali Yang Maha Agung.
  • Al Barr Yang Maha Menerima Taubat.
  • Al Muntaqim Yang Maha Penyeksa.
  • Al 'Afuw Yang Maaf Pemaaf.
  • Ar Ra'uuf Yang Maaf Belas Kasihan.
  • Malik al Mulk Yang Maha Menguasai Kerajaan.
  • Zul Jalaal wal Ikraam Yang Maha Memiliki Kebesaran dan Kemuliaan.
  • Al Muqsith Yang Maha Mengadili.
  • Al Jaami' Yang Maha Mengumpul.
  • Al Ghaniy Yang Maha Kaya.
  • Al Mughni Yang Maha Pemberi Kekayaan.
  • Al Maani' Yang Maha Menolak.
  • Ad Dhaarr Yang Maha Pemberi Manfaaf.
  • An Nuur Yang Maha Bercahaya.
  • Al Haadi Yang Maha Pemberi Petunjuk.
  • Al Baadi' Yang Maha Mencipta Perkara Baru.
  • Al Baaqi Yang Maha Kekal.
  • Al Waarith Yang Maha Mewarisi.
  • Ar Raasyid Yang Maha Sedar.
  • As Shabbuur Yang Maha Penyabar.

bacalah ayat kursi sebelum kita tido


Nabi SAW bersabda: "Apabila kamu masuk ke tempat tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul Qayyum', sehingga habis ayat ini. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada penjaga dari Allah untuk kamu, dan syaitan tidak akan dapat mendekati kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)


Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

semoga mendapat keredhaan Allah..amiiinnn..

Monday, 21 February 2011

makan...makan...makan...

ni kira post aku yg pertama ni..aku xtau sangat nak karang ayat panjang2..

ni pasal aku ngan bebudak rumah sewa aku la..ada la satu malam, kami duk sembang2 time makan mlm..kat kedai makan la, al maklumla orang bujang,hehehe..duk sembang2,tup tap tup tap..sorang member aku offer diri nak belanja ayam golek bachang (AGB), aku ingtkan sekoq ja dia nak beli, last-last dia gtau nak beli 5 ekoq..ya la rumah sewa aku ada 10 orang, xkan nak beli sekoq kan..jenuh la men tarik2 nanti..ada yang bertumbuk kot nnt,hehehe...

so start la mesyuarat tergempaq kat kedai makan 2..semua pakat nak sumbang cikit2..dari air sampai la ke bbq..tup tap tup tap..meeting makin rancak, dalam duk meeting 2 kami dah plan la nak wat hari apa..pas2, dah setel dah meeting kat kedai..

dari bilik aku duk dengaq hingaq2 kat bilik sebelah, aku ingatkn duk gaduh ka apa..kena2 meeting td bersambung,hehehe..adooiii..mcm perang dunia ke-3 dah..masing2 duk tnya nak sumbang apa..

bila hari kejadian dah sampai..tengok la apa yg ada...jenuh nak abiskn..tp abis jugak..dasat2,hehehe